08 February 2010

NUTP syor guru baru wajib ke pedalaman – BH 3/2/10


KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan guru yang menamatkan latihan perguruan wajib berkhidmat di pedalaman dan luar bandar sebagai mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu. Presidennya, Hashim Adnan, berkata tenaga pendidik terutama mereka yang belum berkeluarga sesuai mengisi kekosongan di kawasan itu selain membolehkan golongan terbabit mendapat pengalaman baru.
“Perkara ini sudah lama dibangkitkan iaitu menghantar guru berkhidmat di pedalaman bagi tempoh tertentu. Namun, saya rasakan kini tiba masanya perkara ini diperluaskan semula. “Perkara ini mungkin menyulitkan bagi guru yang sudah berumur dan berkeluarga kerana mereka mempunyai tanggungjawab besar,” katanya, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian mengulas kemungkinan Kementerian Pelajaran mewajibkan guru ke pedalaman untuk tempoh tertentu bagi mengatasi kekurangan tenaga pengajar. Hashim berkata, pihaknya yakin tindakan itu turut menguji kewibawaan guru selain bersedia dari segi mental dan fizikal jika dihantar ke kawasan terbabit.
Sementara itu, Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) yang turut menyokong yakin tindakan mampu mempertingkatkan kualiti pendidikan di pedalaman. Presidennya, Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata kementerian juga perlu mempertimbangkan khidmat di kawasan berkenaan sebagai syarat pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat guru.
“Guru yang diarahkan untuk berkhidmat di luar bandar dan pedalaman harus menerima tanggungjawab itu dengan hati terbuka kerana sumbangan mereka amat penting terutama memastikan murid dan pelajar di kawasan berkenaan menerima pendidikan yang secukupnya,” katanya.

29 December 2009

Perasmiaan IPG Kampus Tawau


SGM Lonjak Pendidikan Negara – UM 03/12/09
TAWAU 2 Dis. – Standard Guru Malaysia (SGM) yang diperkenalkan hari ini bakal melonjakkan sistem pendidikan negara ke taraf dunia yang mampu melahirkan modal insan dengan kelas pertama, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, selain sebagai kayu pengukur, SGM juga akan bertindak sebagai garis panduan dalam melahirkan guru berkeupayaan tinggi dalam semua bidang.
Beliau menegaskan, kerajaan sedar, sebagai aset utama dalam mana-mana sistem pendidikan, guru yang berkualiti akan mewujudkan sistem pendidikan dan insan berkualiti.
“Justeru kita perlu mempunyai mekanisme untuk menentukan guru-guru yang dilahirkan adalah benar-benar kompeten dan memenuhi standard yang ditetapkan,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan SGM sempena perasmian Institut Pendidikan Guru Malaysia Tawau dekat Balung di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd. Dom.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, berdasarkan standard itu, guru akan dipastikan mempunyai tahap amalan tinggi dalam tiga perkara utama.
Ia meliputi nilai profesionalisme perguruan, pengetahuan dalam subjek yang diajar dan kemahiran tinggi dalam teknik pengajaran dan pembelajaran.
“Hanya dengan memiliki ketiga-tiga komponen penting ini, guru-guru di negara kita dapat mencapai tahap kompetensi yang tinggi dan sekali gus melaksanakan tugas perguruan dengan berkesan,'' katanya.
Beliau menambah, penggunaan SGM akan menjadi asas mengukur kualiti dalam sistem pendidikan dari peringkat prasekolah hingga ke pendidikan tinggi.
Dalam hubungan ini katanya, Malaysia negara pertama di Asia Tenggara yang telah menghasilkan piawaian guru secara khusus.
“Kita berharap dapat berkongsi standard ini dengan negara-negara lain di Asia Tenggara dan secara tidak langsung melonjakkan nama Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini,’’ katanya.
Sementara itu Alimudin berkata, selain guru, SGM turut memperincikan aspek-aspek yang perlu disedia, dilaksana dan dicapai oleh agensi serta institusi yang mengendalikan latihan perguruan.

20 October 2009

Kata-kata Pilihan


"... untuk cemerlang, guru perlu berfikiran global, bertindak secara sistematik dan efektif, menguasai bidangnya, mengamalkan etika profesion keguruan dan berpandangan jauh "

Tan Sri Dato' Hj. Alimuddin Hj Mohd. Dom (2008)

Kata-kata Pilihan


"We want teacher who are profesionals, can teach effectively, and are true educators"

Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein (2005)

19 August 2009

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


Institut Pendidikan Guru(IPG) ialah institusi latihan keguruan di bawah pentadbiran Kementerian Pelajaran Malaysia dan dikawal selia oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). BPG menentukan dasar manakala IPG akan melaksanakan latihan keguruan pra dan dalam perkhidmatan di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah atau apa-apa kelayakan lain yang ditetapkan. Pengaugerahan akan dilakukan oleh BPG.

Tujuan utama penubuhan IPGM ialah untuk memartabatkan profesion keguruan dengan melahirkan guru-guru berkualiti, mahir, bertanggungjawab dan bangga menjadi pendidik serta mencapai sasaran semua guru berijazah di Sekolah Menengah dan 50% di sekolah rendah menjelang 2010.

17 August 2009

Program/Aktiviti Teaching School IPG Dato' Razali Ismail

Program / Aktiviti
4 – 15 Jan 2009 Transisi Tahun Satu
11 Jan 2009 Sambutan Maal Hijrah
18 Jan 2009 Perlantikan Pengawas Sekolah & Pusat Sumber
15– 19 Feb 2009 Minggu Bahasa
14 Mac 2009 Mesyuarat Agong PIBG
22 Mac 2009 Maulidur Rasul
11– 16 Apr 2009 Minggu Matematik
16 Mei 2009 Sambutan Hari Guru
8 Jun 2009 Tautan Kasih
8-12 Julai 2009 Minggu Sains
13-15 Nov 2009 Lawatan Bermaklumat

Jawatankuasa Kerja 'Teaching School' Peringkat IPG

JAWATANKUASA KERJA “TEACHING SCHOOL”

Penaung : Pengarah IPG
Penasihat : Timbalan Pengarah IPG
Pengerusi : Ketua Jabatan
Timbalan Pengerusi : Guru Besar
Penyelaras : Penyelaras “Teaching School”
Setiausaha 1 : Pensyarah IPG
Setiausaha 2 : Guru Penyelaras ‘Teaching School’
Ahli : Wakil Setiap Jabatan
Pensyarah Cemerlang
Wakil Sekolah
Pegawai Eksekutif Kanan